Assalamualaikum....
Haritu aku ade pergi library, sambil- sambil jenguk pustaka baru mulut ni haaa gatal pulak pi tanya macam mana nak jadi ahli baru.Tong tang tong tang siap sekeping kad, pendaftaran ahli berharga RM 2..Ermmm no bad, persekitaran luas dan tenang. Kalau sebelum ni pustaka tu macam kapal pecah tapi sekarang ok laa, ade jugak tempat aku lepak sorang sambil baca-baca buku yang ada kat sana...
Haa kat sini aku ade pinjam beberapa buah buku antaranya The broker, The king of tort, Misteri dunia disebalik rahsia dan Natrah cinta rusuhan dan air mata..
okey kat bawah ni aku ade sediakan cover buku-buku yang aku pinjam beserta sinopsis..
Dia adalah seorang ‘broker’. Namanya Joel Backman. Beliau bertanggungjawab menjadi pengatur untuk banyak urusan antara peguam. Namun hidupnya hancur tatkala urusan antara seorang penggodam dan dirinya gagal. Dia dipenjarakan. Enam tahun kemudian, sesuatu telah berlaku di peringkat kerajaan dan dia dibawa keluar dari penjara.
Joel Backman mendapati dirinya ditempatkan di Bologna, dengan identiti
dan kawan baru. Namun apa yang dia tidak tahu kerajaan mempunyai
rancangan yang lain.
Rancangan yang melibatkan pembunuh upahan dari lebih lima buah negara datang mencari ‘kepala’ Joel Backman.
Joel
Backman harus segera merungkai konspirasi peringkat tertinggi yang
sudah tertanam berdekad lamanya ini demi menyelamatkan nyawanya.
Clay Carter mengimpikan hidup dengan kerjaya yang lebih bagus dari
apa yang dia ada sekarang. Dia bekerja sebagai peguam yang berkhidmat
dengan kerajaan. Suatu hari dengan hati yang berat beliau mengambil kes
seorang pemuda yang dikaitkan dengan insiden tembak menembak di jalanan.
Sangkanya ia sebuah kes pembunuhan jalanan yang kerap berlaku di
Washington D.C
Namun dia langsung tidak menyangka kes tersebut membawanya
membongkar rahsia sebuah syarikat farmasi. Lebih dari itu, dia berada di
tengah-tengah satu kerumitan dan satu peluang besar yang bakal mengubah
hidupnya.
Yang bakal menjadikannya 'Raja Tort!'
Misteri dunia menghimpunkan 54 kisah misteri yang meliputi tokoh,
tempat, makhluk, sejarah, fenomena dan angkasa. anda akan didedahkan
bahawa tidak semua perkara yang dianggap misteri itu adalah misteri yang
tiada jawapannya.
Kita akan mengetahui bagaimana sejarah misteri itu bermula dan
berkembang, usaha untuk membongkarnya dan juga hasil atau teori yang
diperolehi.
Pelbagai misteri dunia ini pasti membuatkan anada terkejut dan tidak
menyangka bahawa di sebalik sesuatu kejadian yang berlaku, ada
penjelasan yang terselindung di sebaliknya.
“Natrah adalah
kisah cinta dua insan yang agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa
Melayu kepada agamanya hingga mencetus rusuhan yang tragis di Singapura
(1950)”
“Jika isu Malayan Union telah menyebabkan
orang Melayu bersatu di bawah satu panji, maka episod Natrah pula
menggambarkan perpaduan umat Islam di seluruh Tanah Melayu, Singapura
dan Indonesia. Natrah menjadi satu tragedi yang boleh dihayati dan
dipelajari dan yang lebih penting membuktikan perpaduan seluruh umat
Islam...”
Tun Daim Zainuddin
Mantan Menteri Kewangan
“Di tengah kehangatan kisah perbicaraan Natrah di Singapura, majalah Qalam menyiarkan gambar lukisan yang menunjukkan al–Qur’an terlepas dari tangan Natrah yang duduk bersimpuh. Maknanya sangat mendalam. Saya yang berusia lapan tahun pun faham ....”
Tan Sri Adam Kadir
Mantan Yang Di Pertua Dewan Negara
“Sesungguhnya penghasilan buku ini bukan sekadar
biografi biasa. Menerusi watak Natrah penulis berjaya mengungkapkan
pelbagai tema besar yang melingkungi kehidupan masyarakat ketika itu
yang masih relevan sehingga kini... Garapan buku ini pula merentasi
waktu yang panjang, dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun
2009. Jangkauan kajian pula melibatkan kawasan geografi yang luas, dari
Asia Tenggara ke Eropah hingga ke Amerika Syarikat ....”