Salam.. tak susah sebenarnye nak dapatkan ketenangan, tapi yang paling bermakna ketenangan dari Sang Pencipta. Tadi aku pergi pantai, so alhamdulilah ketenangan yang aku cari dapat walaupun hanya 30 minit.. Aku dapat apa yang aku nak.. Tenang sangat bila berhadapan dengan pantai, pasir, angin dan seangkatan dengannya.. Cuba bayangkan angin yang menampar pipi sangat laaaa mendamaikan hati aku tatkala masalah tu cuba datang dan aku cuba untuk muhasabah diri ini.. Aku nekad naik sem 4 aku cuba untuk berubah, butakan mata pekak kan telinga. Aku malas da nak gaduh, nak bertekak dan ia adalah satu perkara yang sangat menyeksakan. Aku jarang sebenarnya hang out sorang-sorang, kalau aku ada masalah baru aku keluar tanpa teman.. Alangkah gembira kalau jadi kanak-kanak tak perlu nak pikir masalah, tadi kat pantai bahagia pulak aku tengok kanak-kanak tadi main gelongsor, buaian, berlari tak ingat dunia pom ada. Rindu zaman aku kecik-kecik dulu. Sekarang dah tak boley nak berlari sakan dahh, malu kat orang. hihi
Meremang bulu roma tatkala angin menampar batang tubuh aku, dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk bernafas. Alhamdulilah. Bila aku dongak ke atas, tenang bila melihat langit membiru bertemankan gumpalan awam yang berarak dan singgahan sang suria cuba untuk membenamkan dirinya tatkala waktu kian menghampiri magrib. Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan