Khamis, 31 Julai 2014

pengalaman Kuala Tak

Assalamualaikum....

Hai, harini aku nak cerita pengalaman yang ala-ala umphh giteeww !! Takdela bravo sangat, tapi sampai mati aku akan ingat la..Oh lupa nak bagitau sempena raya ke empat ni aku, ma, matok, ani, pak tam, kak yah and mok nik kiteorang pergi ke Kuala Tak, aku rasa cenggitu la ejaannya... Kalau salah maafkan aku ! huhu.. Pergi sane memang best and extreme...Bestnye sebab barang murah dan extreme gila tak takut naik perahu..Bila bab naik perahu bukan pengalaman kali pertama dah berkali kali dah aku naik tapi zaman dolu dolu laa.huhu...Bergoyang jugak kepala lutut aku ni..

Kalau nak tahu Kuala Tak ni merupakan kawasan sempadan Malaysia-Thailand.Kiranya dah masuk kawasan Thailand laaa...Barang kat sane murah gilesss kau..Wahh aku macam jakun sejakun jakunnya, bukan disebabkan barang-barang kat sane tapi aku rasa macam hidup pada zaman hangtuah..Haa kalau korang tengok cite-cite P.Ramlee maka korang boleh bayangkanlah...huhu...

Katsane aku merembat skirt and jubahh....Murah uollss..Hai kat sini merembat bukan mencuri tapi membeli ye tuan puan !! huhu.. Rata ratanya dikalangan penjual adalah orang siam, tapi kepelbagaian agama ( islam & buddha ) dari pandangan mata aku...

Haaa takat tu je yang boley aku cerita ! ok babai :)
Ayuh tunaikan solat isyak..
#SeruanIlahi

Isnin, 28 Julai 2014

selamat hari raya

Assalamualaikum...

Haiii uollss..oK harinie 1 syawal, bila 1syawal ini bermakna semua umat islam di seluruh dunia sedang menyambut hari raya aidilfitri...Setelah berpuasa hampir sebulan umat islam disempurnakan dengan hari kemenangan iaitu hari raya aidilfitri..

Raya tahun ni takde tema, warna main rembat je...but, baju raya aku this year colour pink ! Pink kauu.. huhu..Aku yang dulu tak minat warna pink, tapi aku yang sekarang jauh benor bezanya..kihkih..Baju raya, set eseseri cik viva pom kemain angkat warna pink ! Gegurl gitewww... :D...
Ok, aku sekarang berada kat kampung Tumpat,Kelantan..Aku bertolak tadi pukul 1.45pm tapi bukan satu family, aku dengan ma je yang balik kampung..Sedih betul !! Petang tadi kemain jamm, arghhh stress aku drive dengan pemandu yang kurang asam jawa takde lansung perangai toleransi....

ok daa, badan aku penat sangat..
#SelamatHariRaya

Khamis, 24 Julai 2014

sayang si atam

Assalamualaikum..Salam 26 ramadhan..
Hebat dugaan aku tapi tidak sehebat dugaan rakyat palestin yang ditindas kejam oleh puak-puak yahudi serta tidak tertanggung lagi dugaan yang dihadapi oleh mangsa MH17, Al-Fatihah... Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Allah..Mungkin dugaan ini adalah ketentuanya...

Apa yang aku fikirkan adalah kesakitan yang dialami oleh anak epik iaitu atam, bila mendengar tangisan kesakitannya seakan - akan terpalit jugak kesakitan itu kepadaku..Puncanya ma terpijak atam time nak naik tangga...Aku tak sanggup nak dengar tangisan tersebut bila epik mencium dan menjilat atam, itulah tanda kasih sayang seekor ibu kucing terhadap anaknya..Atam si kucing kecilku yang nakal dan suka bergurau..Ya Allah sedih sangat bila aku lihat keadaan atam yang terbaring kesakitan...Hidung yang berdarah ditambah lagi dengan badan yang tak dapat nak bergerak..luluh hati aku.. :(
Aku mengaku aku sangat garang dengan atam dan adik beradik, sekali diorang berak kencing merata aku rotan dengan lidi..Jahat kan aku ?? Bila terjadi macam ni baru nak menyesal... Aku angkat lidi bila diorang adik beradik buat hal, aku tak suka bau tahi kucing...
Aku tak tahu macam mana nak ubat atam. Pagi tadi lepas beberapa minit atam tak dapat bangun aku letak dalam cage and cover dengan towel, aku dapat rasa getaran badan dia...

Pagi tadi lepas ma solat dhuha aku dapat lihat ma lap kelopak mata..Aku just diamkan diri...Tengahari tadi ma masuk dalam bilik then bagitau " berdosa ke ? " Aku dapat rasa " rasa bersalah " ma tu....Then aku dengan panjang lebarnya bagitau dah mungkin itu adalah ketentuan Allah, takpayah la nak salahkan diri sendiri maybe Allah nak ambik nyawa atam mungkib dengan cara ma terpijak adalah penyebab kepada kesakitan atam...Don't blame on yourself mom ! Trust me semua yang berlaku adalah musibah yang didatangkan Allah...

Semoga atam sihat
#sayangAtam

Selasa, 15 Julai 2014

kepercayaan

Pepatah inggeris ada menyatakan " trust takes years to build & seconds to break ". Aku bersetuju sangat dengan pepatah ni.. Bila berbicara mengenai kepercayaan ianya tak semudah yang disangkakan. Entah kenapa bila hati tak dapat nak menahan apa yang berlaku aku tak dapat nak halang jari untuk menulis dan meluah... Bukan senang nak dapatkan kepercayaan seseorang. Kadang kala bila kita mula memberikan sepenuh kepercayaan terhadap seseorang yang kita percaya sebaliknya perkara lain pula yang berlaku..

Sejak akhir akhir ni banyak benda yang berlaku sehingga meragut kepercayaan aku terhadap seseorang.. Aku tak minta lebih melainkan kejujuran.... Adakah terlalu susah untuk jujur dengan apa yang berlaku ? Dan mengapa mesti menegakkan kebohongan tersebut sedangkan terang-terangan itu yang kau lakukan... Oh Allah aku mohon kau lapangkanlah dadaku dengan apa yang berlaku dan aku berharap ianya sekadar permainan mimpi di siang hari....

Sejujurnya aku buta dalam menilai kejujuran dan pembohongan...Mungkin kau adalah makhluk yang tuhan ciptakan untuk melalui detik detik tersebut..
Walaupun hari hari yang kau lalui penuh dengan kebohongan, aku cuba menyangkal memaafkan segala kebohongan yang kau lakukan terhadap aku.....

* kuatkan hati

Jumaat, 11 Julai 2014

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menikmati ramadhan pada kali ini, sudah tiga belas hari umat islam berpuasa.. Entry pada kali ni berkisar tentang kehidupan aku pada bulan ramadhan. Dah alang-alang cuti panjang goyang kaki je kat rumah takde keje nak buat baik jadi maid tak bergaji. Haa lagi satu tugas aku sebijik macam suri rumah sepenuh masa.

Ok macam ni, bangun je pagi celik mata lihat dunia benda pertama yang wajib takde sunat yang akan aku bakal lakukan adalah jemur kain, lipat kain, kemas rumah. Urmmm kalau bab kemas rumah bukan bidang profesionnal aku. Nak tahu kenapa ? Mudah je jawapannya, sebabnya rumah aku kalau 40 kali sental pom takkan okey atau nama lainnya ialah tak kemas. Biasala rumah tukang jahit berselirat dengan benang bagai..huhuhu..Bila tiba waktu petang, aku dengan rajinnya akan memasak ! Apa yang nak dimasak madam yang tentukan.. Kalau bab makan ni abah sangat cerewet dalam pemilihan makanan tapi kalau ma okey je makan apa yang ada.. Kalau tanya aku lagi laa tolak kayu dengan batu je kata orang tua dulu- dulu... hahah.. Belah malam pulak kalau takde keje aku spent time untuk mengaji Al-Quran, rajin-rajinkan diri menyentuh Al-Quran sebab pahala di bulan ramadhan berganda-ganda yang bakal kita perolehi... Oh tak mau jadi Ustazah ye ! :D

Cukup la cerita aku untuk harini, lain kali aku sambung lagi. :)