Selasa, 15 Julai 2014

kepercayaan

Pepatah inggeris ada menyatakan " trust takes years to build & seconds to break ". Aku bersetuju sangat dengan pepatah ni.. Bila berbicara mengenai kepercayaan ianya tak semudah yang disangkakan. Entah kenapa bila hati tak dapat nak menahan apa yang berlaku aku tak dapat nak halang jari untuk menulis dan meluah... Bukan senang nak dapatkan kepercayaan seseorang. Kadang kala bila kita mula memberikan sepenuh kepercayaan terhadap seseorang yang kita percaya sebaliknya perkara lain pula yang berlaku..

Sejak akhir akhir ni banyak benda yang berlaku sehingga meragut kepercayaan aku terhadap seseorang.. Aku tak minta lebih melainkan kejujuran.... Adakah terlalu susah untuk jujur dengan apa yang berlaku ? Dan mengapa mesti menegakkan kebohongan tersebut sedangkan terang-terangan itu yang kau lakukan... Oh Allah aku mohon kau lapangkanlah dadaku dengan apa yang berlaku dan aku berharap ianya sekadar permainan mimpi di siang hari....

Sejujurnya aku buta dalam menilai kejujuran dan pembohongan...Mungkin kau adalah makhluk yang tuhan ciptakan untuk melalui detik detik tersebut..
Walaupun hari hari yang kau lalui penuh dengan kebohongan, aku cuba menyangkal memaafkan segala kebohongan yang kau lakukan terhadap aku.....

* kuatkan hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan