Khamis, 20 Februari 2014

kawan

Pagi ni aku nak cerita pasal " kawan ".. besar makna seorang kawan.. tapi ada kawan macam takde kawan. Kawan ni banyak jenis ade yang jenis nak menumpang kesenangan, ade yang jenis dengki kat kita, ade yang tak boleh tengok kita kat atas..Adat laa tu kalau berkawan kan ?? 22 tahun aku hidup, ujian ni laa paling berat buat aku iaitu dalam persahabatan.Banyak kenangan manis antara kita kawan tapi seolah-olah aku dah tak mampu nak ingat kenangan kita kawan..Kembalinya aku di Bumi UMT membawa seribu kenangan pahit.. Takpelaa, aku tak berniat nak bermusuh dengan kawan sendiri cuma aku agak terasa dengan perangai  kawan yang macam ni... Bermula sesi semester 4 perangai aku berubah, ya ! aku sedar aku telah berubah bab kata kawan ni " susah untuk aku adaptasi dengan keadaan " memang betul kata kau kawan, sejak peristiwa aku tegur " kawan " ni, jelas perubahan.. Sejak kami sama-sama kat rumah sewa ni, perangai masing-masing dah berubah, kalau tegur sah-sah laa tak bercakap seminggu..Tak tegur nanti buat balik benda yang dia nak buat tu.. Otak aku da penat dah pikir, stress sangat sampai makan pom tak sebab aku malas nak menghadap muka. Derita kat dalam hati ni Tuhan je yang tahu.Seksanya !

Dulu aku sayang tapi sekarang rasa sayang tu dah kian berkurang.. Aku pernah berniat nak larikan diri dari rumah sewa ni sebab tak mampu nak hadap perangai mereka, aku pernah menanges kerana mulut bisa yang melemparkan kata-kata. Masa tu final exam sem 3, kami masing-masing busy dengan presentation and final exam, aku ingat lagi kesah ni bermulanya kerana " kain tuala " ..  Malam tu aku mintak elok-elok je buku tapi sebab mulut lebih cepat dari otak kata-kata tersebut menyebabkan ade insan yang terguris. Insan itu adalah aku !

Aku percaya segala ujian yang tuhan kurniakan kepada aku ada hikmahnya, cuma aku je yang buta hati dalam menilai dan melihat kebaikan disebalik ujiannya itu. Dua tiga hari lepas, aku ada tanyakan tentang rumah sewa lain tapi nak mencari orang amat laa payah tapi ada berita yang begitu mengembirakan aku bila dia *perit kalau sebut nama, pergi atau dengan kata lain berpindah..Syukur sangat-sangat aku bila dapat tahu mereka dah tak de.. Cerita aku ni bukan versi mengutuk atau mengata cuma aku tulis apa yang terbuku dalam hati aku. Sebab nak cari kawan yang nak dengar isi hati kita memang la payah dan satu hal lagi aku tak percaya pada tiket seorang kawan. Faham-faham sendiri laa bila dia baik dengan kita on je kan semua urusan tapi bila kita gaduh adela yang jadi duri dalam daging..

sekian, derita hati :'(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan