Jumaat, 21 Februari 2014

Semoga aku lebih tabah



Manusia itu unik dan kadang-kala untuk meneruskan perjuangan hidup, kita kene faham tingkah-laku makhluk tuhan yang bernama manusia. Semua orang punya masalah sendiri, begitu juga dengan aku, dengan masalah ia membuatkan aku lebih tabah, sabar dan kuat dan apa yang lagi penting masalah mematangkan aku ! Terima kasih...

Dah seminggu aku berada di bumi UMT. Tempat yang tidak asing lagi dengan aku iaitu tempat aku menimba ilmu. Dalam tempoh seminggu aku mengenali perangai mereka, aku belajar berdikari, aku belajar untuk kuat... Dan apa yang menyayat hati bila  "kami tidak lagi sebulu".. Terima kasih jadi sahabat aku untuk setahun yang lalu. Aku belajar banyak perkara tapi usul yang aku nak bawak masuk ialah " sehidup, semati ".. Senang sama senang tapi bila susah lantak kau ! Aku terkedu dengan perangai kawan macam ni....


Aku petik sedikit kata-kata ni sebab ia memang match sangat dengan situasi sekarang, lebih baik kita pendamkan jela masalah tu tanpa kita cerita dengan orang lain.. Cukup la aku terkena dengan kawan yang jenis suka menceritakan hal kita dengan orang lain.. Kawan, sukar kah kau nak faham keadaan aku ??? Berkawan bila senang... Mereka tak faham, aku tak kisah mereka hangat duk bercerita tentang aku yang putuskan kawan ke ape yang penting aku rasa jalan yang aku hadap ni jalan yang benar.. Cukup la kita buat hal masing-masing kalau begini kau layan aku ! Sudah cukup sudah, cukup sampai disini saja !
Mungkin benar kata abah, usah pedulikan mereka. Aku tak sanggup nak abaikan mereka. Tapi bila aku cerita masalah aku dekat abah ia memberi seribu semangat untuk aku teruskan pelajaran, untuk aku belajar bersungguh-sungguh..Terima kasih abah, ma..
Setelah aku berfikir panjang, aku dah tak kisah kalau kehilangan kawan.. Mungkin dengan cara ni aku lebih bahagia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan