Sabtu, 15 November 2014

Saturday morning

Assalamualaikum

Aihh..Esok dah start kelas dah..Dua hari rilex tanpa assigment dan fyp perghhh nikmat tak terkata hidup ni..huhu...Nikmat tu datang kejap je just only weekend tapi jangan harap boleh santai-santai, tidur bangun bila hari biasa...Takboley !

Esok kelas pukul 8, dasyat dowh nak bangun pagi, nak mandi bagai..Dala aku ni anak dara yang jenis liat nak bangun pagi..Adew..

Cobaan...

Haaa lagi satu aku dah sembuh demam.Alhamdulilah..
Dan aku percaya..

Sakit itu kifarah dosa.

Jumaat, 14 November 2014

Demam fyp

Assalamualaikum...

Dah lama rasanye tak merasa nikmat sakit macam ni...Demam final year project, demam test and demam terkene hujan...Ala-ala 3 in 1 la...Hampir seminggu tidur tak cukup gara- gara nak menyiapkan fyp,ditambah pulak dengan test...Perghhhhh..

Bila demam, nikmat ditarik. Lapar tapi tak lalu nak mengadap makanan..Nak buat assigment lagi la tak mampu.Nak study jauh skali...huhu..

Semalam abah call,depa ingat aku menyepi tang mana, bukan sengaja aku taknak call abah, cuma kekangan masa...Terlalu busy mengalahkan PM..huhu..

Bila demam ni macam-macam rasa datang...Sakit belakang,tak lalu nak makan,malas nak buat kerja,dan benda yang paling penting adalah aku nakkan ma&abah seterusnya bla bla bla....*membebel sorang diri.

Ok.bai

Sabtu, 1 November 2014

Come back home, senandung !

Untuk kali yang keduanya kau pergi tanpa notis 24jam wahai Senandung !!!! Tak sangka ma bagi kat Mok Wan.Terkejut,marah pom hadoo tapi aku redha sebab nye ma bagitau tak sanggup nak bela kucing betina.Uwaaaaa..

Balik semalam aku ingat si senandung dengan ucung tido sebabnye time aku sampai semalam senyap giler diorang ni yang ada pom si endek & geben..Dalam hati " takpela taknak ganggu diorang tido"..Bila aku nak masuk bilik air aku terpandang dalam sangkar ade si ucung je pastu tergerak hati nak tanya senandung pergi mana..Masa tu la ma bagitau mok wan ambik si senandung uh..Hudoh2 si senandung pom gua sayang tau !

Pagi ni tak sangka,tak dijangka,tak sure aku ingat aku bermimpi..Haa part bermimpi tu satu hal bila, bila,bilamana aku mimpi senandung tapi dalam bermimpi tu senandung balik..Woooo tak sangka beb, si senandung balik rumah,ingat pulak ye jalan nak balik sini..Aku syak dia ni tak lena tido rumah mak angkat dia.Kesian.

Aku harap la lepasni takde dah orang nak ambik senandung.Market bakhang dia ni..

Sabtu, 25 Oktober 2014

Alyah - Sesal Separuh Nyawa (Lyric Video)



Bila aku hayati lirik-lirik lagu lagu.Boleh dikatakan I'm cruel..Aku ialah pembunuh perasaan seorang lelaki.. Maafkan segala perbuatan aku..

Khamis, 23 Oktober 2014

Kiki pregnant

Post ni pasai kiki. Alhamdulilah maybe she's pregnant...Excited betul nak tengok anak kiki & joe..Wah tak sangka dalam diam2 bak kata pepatah diam2 ubi berisi...
Oohh lupa pulak nak explain actually kiki is a my cute pet. cer teka binatang apakah ?? Haha..ok2 let's me explain to you. Sebenarnya kiki ni sugar glider. Ade ke yang tak kenal menatang tu ??

I don't know who that person yg i nk share dengan berita gumbire ni. All of my family actually know about this news except my lovely person that i love you.Semalam kami baru break up takkan hari ni ngengade nak story all about me..Ego !

Kalau sebelum2 ni, we will share tak kira la sesulit mana pom crita tu..but lately perasaan tu tak tahu la nak cakap macam mana tapi orang cina cakap takde Ong...uwaaa...

Ok sedih.babai.

Khamis, 16 Oktober 2014

meoww yang comel

Assalamulaikum..

Harini hari khamis last cuti dan bermulanya semester break for this sem..aihh tinggal beberapa bulan lagi nak habis degree. Macam tak sabo dah rasa ni.. hihi..Ohh tersimpang jauh dah ni.. Macam ni ceritanya, petang tadi time tengah duk berjoging sakan nak mengeluarkan peluh tetiba ada la kucing ni dua ekor warna kelabu & kuning dua-dua ni jantan. Aku apelagi cepat-cepat je berlari dapatkan depa semua, nampaknye ade respond positive lastly aku ajak depa tu joging skali...Sampai ade orang tanya  " bawak kucing ke datang joging ni ? "
Kesian aku tengok kucing tu, dengan takde sape yang jaga. Aku syak ade orang buang depa kot..Manusia memang kejam !! kan ? Aku ingat nak balik macam tu je, tapi terpandang si kuning makan nasi basi yang hanya tinggal sisa-sisa tulang.YaAllah, pedih hati aku tengok kucing tu. Dalam kepala otak aku ni duk pikir tak kan aku nak balik rumah semata-mata nak ambik nasi then aku terpandang kedai makan apelagi hidupkan enjin kereta terus ke kedai makan..Yang tak leh blah aku order nasi goreng ikan masin..Pehhhh..Kenyang la kau ye, ada ayam, ade telur...Aku harap uolls kenyang lah ye..Takpela buang duit sebanyak empat henggit pom aku tak kisah asalkan kucing-kucing tu tak lapar..

Selasa, 14 Oktober 2014

Program " kenyir geopark "

Masih terasa bahang kepenatan bila kami team fyp, kelab Unesco, lecturer turun padang untuk bersama dengan komuniti setempat. Bengkel ini berlansung di Kuala Berang yang mana para usahawan didedahkan dengan produk pelancongan...After seminar para pengusaha didedahkan dengan swot analysis yang mana lec akan menemubual mereka untuk mengetahui dimana kekuatan,kelemahan,ancaman dan peluang mereka untuk memasarkan produk perusahaan mereka antaranya tikar mengkuang, tudung saji, keris..

Banyak pengalaman dan ilmu yang aku dapat time bengkel ni berlansung tapi halangan besar dia aku tak sempat nak jumpa pihak ketengah tengok2 dah balik..Memang haru betul la..Dahla research aku involved the goverment time aku nak jumpa dia laa dia takde.time aku tengah makan asek tayang muka ja depan aku...Sedih betul. sob sob sroot...

rindu mereka

Assalamualaikum...

yaAllah..rindu ma. rindu abah..Nak call tak sempat.Busy.Maafkan anakmu ye ma..Bukan niat aku untuk sengaja tidak bertanya kabar tapi kekangan masa yang menyukarkan aku untuk call..
#RasaBerdosa

Sabtu, 11 Oktober 2014

pelajar tahun akhir

Assalamualaikum...

Bila ditanya pelajar tahun berapa ? tahun 1 ? tahun 2 ? atau final year student ? Ok jawabnye aku ialah pelajar tahun akhir..Tak tahu nak cerita macam mana buzy nye pelajar tahun akhir ni dengan assigment, presentation dan yang paling penting adalah final year project..Haa bila disebut, diingat, dipikir-pikir balik pasal fyp ni nak menanges pom hadoo..Bayangkan team aku kene buat research pasal tasik kenyir yang orang tak buat  research lagi...YaAllah..Honestly aku bagitau serabut, tapi aku yakin bahawa Allah tak kan beri ujian kepada hambanya kalau hambanya tak mampu.kan ? :)
Dan aku yakin aku pasti boleh bawak research aku ni sampai penghujung garisan. InsyaAllah..

Khamis, 28 Ogos 2014

selamat malam dunia

Pejamkan matamu jika sang malam menyapa, seakan hati tenangkan jiwa, naungi malammu dengan malam yang indah, semoga mentari esok temani harimu yang cerah.

Sebelum aku tidur aku akan amalkan beberapa perkara iaitu basuh kaki, selawat banyak banyak, baca doa tidur, ayat kursi, maafkan orang yang selalu sakitkan hati aku dan berdoa tentang sesuatu perkara yang dihajati..Semoga Allah memakbulkan doa ku itu..Amin

Good nite ¶

Rabu, 27 Ogos 2014

kerepok keping tea O panas..Terangkat !!!

Assalamualaikum...

Petang petang macam ni kalau goreng keropok pom kenyang..Tinggggg !!!! Haaa tibe-tibe terlintas kat dalam hati..Ermm apelagi ambik keropok lekor kat dalam frezer tu dan potong-potong masuk dalam kuali...Siappppp !!! Santap la apelagi... ¶

Okeh macam dah melamapau benor entry aku ! Kan ? huhuhu...Back to the topic asal la ea..Sape pernah makan kerepok keping cicah air tea o panas ?? Perghhh terangkat sedapnye makan time hujan ni...Dah berzaman rasenye aku tak makan macam ni, makan pom zaman budak- budak dulu...Sedap beb ! Try laa..huhu..Pelahap punye pelahap depan tb tak sangka dah separuh tinggal...Ohh banyak nye aku makan..huhu..Kalau yang tengah on diet tu tak boleh makan la sebabnye air tea tu akan dilitupi dengan minyak...Alaa bukan banyak mana pom minyak tu, siket je...Satu perkataan je yang tak boleh disangkal, syedappppp !! ¶

Selasa, 26 Ogos 2014

macam macam ragam manusia

Assalamualaikum...

Aku tak tahu sebenarnya nak mula dari mane..Semakin aku meningkat dewasa semakin aku mengenali perangai manusia..Stress aku dibuatnya...Kusut sangat sampai aku tak mampu pikir yang mana baik yang mana buruk..Teruknye aku !!

Pernah tak bila kau lansung tak buat salah ape-ape then datang spesis makhluk ni menipu kau, butakan penglihatan kau, jaja cerita buruk sampai kau sendiri tak mampu nak beza yang mana intan yang mana permata...Menipu satu hal buat sakit hati aku lagi satu hal..Kau ni manusia jenis ape la yang sanggup hancurkan hubungan manusia semata-mata kau nak puaskan hati kau !!! Bullshit...Aku lansung tak sangka yang perangai kau ni sangat menjijik kan...Sedarlah wahai manusia, kau tak takut ke tanggung dosa yang menggunung semata-mata kau nak sakitkan hati aku....

Kadang-kadang aku tak tahan dengan perangai orang yang suka menipu...Aku tak minta lebih cuma kejujuran yang aku pinta..Tak banyak mane pom kan ?? Takpe Allah kan ade selagi hayat ini dikandung badan selagi dunia ini tak kiamat aku percaya dengan janji Allah bahawa semua kebenaran akan terbukti jugak...

Redha ? Yup, aku perlu redha dengan segala yang berlaku..Dan aku percaya mungkin ade sebab kau buat macam ni....Seandainye Allah menunaikan doa aku untuk bertemu denganmu ingin sekali aku inginkan kepastian..tapi mana mungkin..

Berubahlah wahai manusia..

first trial

Assalamualaikum...

Ok semalam perangai hangin ngengade nak bungkus hadiah datang menggedik gedik gitew, semangat bak hang..Bila semangat tu dah datang apelagi godek-godek kat google and jumpalah blog yang ajar aku tutorial nak bungkus hadiah ni..Alaa bungkus hadiah pom nak kene ajar ! Ehh yang ni bukan sebarang bungkus tauu .. huhu.. Semalam aku buat guna suratkaba aihh buruk benor  macam budak la pulak..Godek punye godek tak menjadi, aku ni orangnye mudah give up pantang tak menjadi aku simpan balik and masuk bilik baring lagi best..

Pagi tadi ngengade tu datang balik, nak tau kenapa ? Sebabnye petang ni aku nak pergi tengok anak kawan aku ni si Fatihah..Nak pergi mesti lah nak kene bawak hadiah.. Nak tau hadiah ape ? Alaa baju baby je..Kenang kenangan untuk si gegurl..Hampir sejam jugak aku berhempas pulas nak siapkan pembungkus hadiah ala ala pembalut wafer ni..Habis gaya diaksikan lenguh kaki aku takmau bagi kertas tu rosak lastly aku rasa nak senyum sampai ke telinga..Tak sia-sia aku belajar..
Ala yang penting kalau nak buat ni uolls kene sediakan kertas pembalut hadiah dan gam je...Tu je pomm..Senang sangat laa..Pejam mata pom boley buat ! huhu
Cantek tak ?? huhu


#Cantik ke tak cantik ke yang penting barang kat dalam tu yang lagi penting..
ok daaa :)


Selasa, 19 Ogos 2014

Cara mengubati ulser

Assalamualaikum...



 MINTA PERHATIAN !!!!!!!

-Gambar kat atas bukan HAK MILIK MULUT AKU !!
-ia adalah gambar copy and paste sahaja



Hoi awal-awal dah mengaku " bukan hak milik mulut aku ", takut sangat orang mengata.. huhuhu..ohhh hai, korang pernah kene ulser di lelangit ? Dan aku percaya setiap yang bernyawa confirm pernah merasai sakitnye kene ulser ni...Sakit bak hang !! Percayalah cakap aku ni, sakit sangat..Dah dua hari mulut aku merana, nak makan pom tak lalu,sakit sangat tapi kalau bab berperang mulut tak sakitnye la..Gagah kemain mulut ni mengutarakan hujah..kihkih

Ok, semalam terdetik dalam hati nak cuba garam sebagai penawar untuk mengubati ulser ni tapi macam was was giteww then pagi tadi lepas breakfast kemas-kemas rumah aku pom dengan rajin nye menggunakan khidmat Mr.Google untuk membantu aku mencari penawar yang dapat menyembuh ulser ni, banyak yang aku jumpa antaranya madu,garam, ubat farmasi ( bonjela ), minum air putih secukupnya, jaga pemakanan a.k.a diet banyak lagi la tapi banyak- banyak cara untuk kasi hilang sakit ni aku cuba khidmat garam..wehoooooooo !!

Aku syorkan sape-sape yang nak guna garam ni hati kene kental tak mau lemah lentok banyak sakit woo, bergetar urat saraf gigi aku ni, berdenyut otak. Ngap-ngap !!! ohhh YaAllah macam nak putus usus aku..Sakit woi ! Lepas garam tu menyerap tempat yang kene ulser tu rasa pedih tu makin lama makin menghilang makin lama alhamdulilah..Tapi nak sembuh bersyarat laa minum air putih banyak dan letak garam tu kasi kerap siket ye..Harini aku letak dah lebih daripada sepuluh kali gara-gara dah tak tertanggung rasanya nak menanggung rasa pedih ni..

Selamat mencuba :)

Ahad, 17 Ogos 2014

Sakit itu dugaan

Dengan nama Allah...

Sakit perut dan muntah, itulah penyakit yang aku lalui sepanjang harini...YaAllah penat sangat muntah berkali-kali dan appointment dengan Mr.Jamban...Aku taktau pebende yang aku makan sampai jadi macam ni..Semalam aku puasa, berbuka pom dengan air putih, oat dan sayur tu jee...Kalau bab sakit perut aku tak kesah sangat tapi muntah ni haa sampai sakit ulu hati aku..Sakit beb !!

Masa solat asar tadi seakan-akan dunia aku gelap, peluh kat dahi takyah cakap la macam dah mandi, gelombang angin mula datang menyerang dan aku apelagi werkkkk laa...

Harini aku mampu baring je, nak tido tak mampu dah terlebih sangat tido nye tu..
YaAllah, sakitnye yaAllah...Tak tertanggung rasa sakit yang dialami... :(

Khamis, 14 Ogos 2014

Jubah baru trang tang tang !!



Assalamualaikum...

Harini aku takde keje, so dengan segala sukacitanya terhasil la jahitan manik dan sulaman bunga yang aku rasa bangga dengan diri sendiri sebab dah berjaya menghasilkan benda alah ni..Al-kisahnya macam ni jubah ni aku beli nak pakai time hari raya aidilfitri, tapi disebabkan tak pergi mana-mana tak pakai la jawabnya dan berkubur la jubah ni dalam almari...Tetibe idea ni datang sebab aku rasa jubah ni lansung tak der seri, dan aku pom ape lagi ambik jarum, manik, benang maka bermulalah perjalanan aku sebagai tukang jahit kelas ketiga ! hahaha.... 




Cantik tak ? ker tak cantik ? haaaaa mane-mane laa.. :)

Ahad, 10 Ogos 2014

Tragedi Penang Mari

Assalamualaikum...

Haii, i'm here at penang..Perghhh nak sampai Penang ni banyak benor halangannya dengan abang Ja kene saman nye sebab tak pakai seatbelt melayang kau 150 hengget, dengan aku nye sakit perut muntah..Ohhh dugaan apakah ini !!

Aku tak tahu pebende yang aku makan sampai muntah dengan hebat sekali..Pucat muka beb pucat !! huhu..Tragedi betul datang Penang kali ni...Seingat aku la pagi tadi aku breakfast minum susu je, entah-entah susu tu yang mengalunkan perut aku..

Aku sampai tadi pukul 5 petang and kiteorang satu family menumpang di rumah M.Cik Sorni, mak saudara aku..
Ermm badan penat sangat even bukan aku yang drive tapi letih sebab muntah dan sakit perut tu yang tetibe jadi letih teramat..

Esok nak pergi reronda satu penang, wehuuuuuu...Zzzz, selamat malam ;).

#PenangMari    

Jumaat, 8 Ogos 2014

Atam, kembali pulih

Assalamualaikum..


Sebenarnya saje je aku nak share kegembiraan aku, si Atam dah semakin pulih..Aku tengok makan lalu je pantang letak makanan terus menyambar..Dah takde dah adegan sawan dia, huhu..Dulu kemain aku ingat si Atam ni tak lama hidup lastly one week after raya tengok-tengok dah sihat..Entah jampi serapah ape abah hembuskan..Yelaa mane nye tak terkejut aku balik kampung seminggu si Atam tu kemain membuncit, menggemok & dah pandai daa bergurau..

Khamis, 7 Ogos 2014

anjung ilmu

Assalamualaikum....


Haritu aku ade pergi library, sambil- sambil jenguk pustaka baru mulut ni haaa gatal pulak pi tanya macam mana nak jadi ahli baru.Tong tang tong tang siap sekeping kad, pendaftaran ahli berharga RM 2..Ermmm no bad, persekitaran luas dan tenang. Kalau sebelum ni pustaka tu macam kapal pecah tapi sekarang ok laa, ade jugak tempat aku lepak sorang sambil baca-baca buku yang ada kat sana...

Haa kat sini aku ade pinjam beberapa buah buku antaranya The broker, The king of tort, Misteri dunia disebalik rahsia dan Natrah cinta rusuhan dan air mata..

okey kat bawah ni aku ade sediakan cover buku-buku yang aku pinjam beserta sinopsis..





Dia adalah seorang ‘broker’. Namanya Joel Backman. Beliau bertanggungjawab menjadi pengatur untuk banyak urusan antara peguam. Namun hidupnya hancur tatkala urusan antara seorang penggodam dan dirinya gagal. Dia dipenjarakan. Enam tahun kemudian, sesuatu telah berlaku di peringkat kerajaan dan dia dibawa keluar dari penjara.

 Joel Backman mendapati dirinya ditempatkan di Bologna, dengan identiti dan kawan baru. Namun apa yang dia tidak tahu kerajaan mempunyai rancangan yang lain.

Rancangan yang melibatkan pembunuh upahan dari lebih lima buah negara datang mencari ‘kepala’ Joel Backman.

Joel Backman harus segera merungkai konspirasi peringkat tertinggi yang sudah tertanam berdekad lamanya ini demi menyelamatkan nyawanya.








Clay Carter mengimpikan hidup dengan kerjaya yang lebih bagus dari apa yang dia ada sekarang. Dia bekerja sebagai peguam yang berkhidmat dengan kerajaan. Suatu hari dengan hati yang berat beliau mengambil kes seorang pemuda yang dikaitkan dengan insiden tembak menembak di jalanan. Sangkanya ia sebuah kes pembunuhan jalanan yang kerap berlaku di Washington D.C
Namun dia langsung tidak menyangka kes tersebut membawanya membongkar rahsia sebuah syarikat farmasi. Lebih dari itu, dia berada di tengah-tengah satu kerumitan dan satu peluang besar yang bakal mengubah hidupnya.
Yang bakal menjadikannya 'Raja Tort!'





Misteri dunia menghimpunkan 54 kisah misteri yang meliputi tokoh, tempat, makhluk, sejarah, fenomena dan angkasa. anda akan didedahkan bahawa tidak semua perkara yang dianggap misteri itu adalah misteri yang tiada jawapannya.

Kita akan mengetahui bagaimana sejarah misteri itu bermula dan berkembang, usaha untuk membongkarnya dan juga hasil atau teori yang diperolehi.

Pelbagai misteri dunia ini pasti membuatkan anada terkejut dan tidak menyangka bahawa di sebalik sesuatu kejadian yang berlaku, ada penjelasan yang terselindung di sebaliknya.




“Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya hingga mencetus rusuhan yang tragis di Singapura (1950)”


“Jika isu Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu bersatu di bawah satu panji, maka episod Natrah pula menggambarkan perpaduan umat Islam di seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Natrah menjadi satu tragedi yang boleh dihayati dan dipelajari dan yang lebih penting membuktikan perpaduan seluruh umat Islam...”

Tun Daim Zainuddin
Mantan Menteri Kewangan
“Di tengah kehangatan kisah perbicaraan Natrah di Singapura, majalah Qalam menyiarkan gambar lukisan yang menunjukkan al–Qur’an terlepas dari tangan Natrah yang duduk bersimpuh. Maknanya sangat mendalam. Saya yang berusia lapan tahun pun faham ....”
Tan Sri Adam Kadir
Mantan Yang Di Pertua Dewan Negara
“Sesungguhnya penghasilan buku ini bukan sekadar biografi biasa. Menerusi watak Natrah penulis berjaya mengungkapkan pelbagai tema besar yang melingkungi kehidupan masyarakat ketika itu yang masih relevan sehingga kini... Garapan buku ini pula merentasi waktu yang panjang, dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 2009. Jangkauan kajian pula melibatkan kawasan geografi yang luas, dari Asia Tenggara ke Eropah hingga ke Amerika Syarikat ....”

Barang baik, barang baru

Assalamualaikum....







Haippp haipp waaa nampak tak gambar kat atas ?? huhuhu.. Semua orang ada jawapan tersendiri..
Ok, tadi pergi Jerteh dengan ma, ronda- ronda sekali masuk kedai kasut.. Haaaaa ape lagi rembat la melayang 60 hengget, lansung takde less..Ingat lepas raya ade laa discount ini tak cashier tu bagi ampau je sebagai tanda pembelian Rm 30.00 ke atas..

Yang diimpikan design lain, sekali tengok je ambik jela, dah takde pilihan sangat...Orang lain shopping kasut selipar baju sebelum raya, aku pulak naik raya baru terhegeh- hegeh pergi beli barang keperluan...
 
Cauu dulu ;)

Sabtu, 2 Ogos 2014

Semoga selamat sampai

Assalamualaikum,

Harini hari sabtu, maka korang mesti tahu esok hari ahad..ahaaaaa, so mesti dah ramai balik ke rumah masing-masing...Al-maklumlar raya kan mesti balik kampung..Kalau area pantai timur diorang dah mula bekerja and student dah mula berpusu-pusu kembali ke sekolah..

Semalam ayah Wa dan harini ayah su, entah aku pulak yang bakal menyusul petang karang..Nampak gayenye macam tu la...Aku rasa macam dah tak sabar nak jumpa anak-anak aku, kiki & joe..Entah macam mana laa rupa diorang bila aku tinggal menatang tu kat abah...

Harini jugak kak, abang ja & abah gerak mai balik kampung...Abah keje lansung takde masa nak balik kampung..Aku faham, faham sangat bila ada seorang ayah yang berkhidmat sebagai anggota polis..Keje bila-bila masa dan dimana tu dalam pejabat je...Petang karang aku plan nak balik Terengganu dengan abah daa...

Ok dah laa tu membebel... :)

Khamis, 31 Julai 2014

pengalaman Kuala Tak

Assalamualaikum....

Hai, harini aku nak cerita pengalaman yang ala-ala umphh giteeww !! Takdela bravo sangat, tapi sampai mati aku akan ingat la..Oh lupa nak bagitau sempena raya ke empat ni aku, ma, matok, ani, pak tam, kak yah and mok nik kiteorang pergi ke Kuala Tak, aku rasa cenggitu la ejaannya... Kalau salah maafkan aku ! huhu.. Pergi sane memang best and extreme...Bestnye sebab barang murah dan extreme gila tak takut naik perahu..Bila bab naik perahu bukan pengalaman kali pertama dah berkali kali dah aku naik tapi zaman dolu dolu laa.huhu...Bergoyang jugak kepala lutut aku ni..

Kalau nak tahu Kuala Tak ni merupakan kawasan sempadan Malaysia-Thailand.Kiranya dah masuk kawasan Thailand laaa...Barang kat sane murah gilesss kau..Wahh aku macam jakun sejakun jakunnya, bukan disebabkan barang-barang kat sane tapi aku rasa macam hidup pada zaman hangtuah..Haa kalau korang tengok cite-cite P.Ramlee maka korang boleh bayangkanlah...huhu...

Katsane aku merembat skirt and jubahh....Murah uollss..Hai kat sini merembat bukan mencuri tapi membeli ye tuan puan !! huhu.. Rata ratanya dikalangan penjual adalah orang siam, tapi kepelbagaian agama ( islam & buddha ) dari pandangan mata aku...

Haaa takat tu je yang boley aku cerita ! ok babai :)
Ayuh tunaikan solat isyak..
#SeruanIlahi

Isnin, 28 Julai 2014

selamat hari raya

Assalamualaikum...

Haiii uollss..oK harinie 1 syawal, bila 1syawal ini bermakna semua umat islam di seluruh dunia sedang menyambut hari raya aidilfitri...Setelah berpuasa hampir sebulan umat islam disempurnakan dengan hari kemenangan iaitu hari raya aidilfitri..

Raya tahun ni takde tema, warna main rembat je...but, baju raya aku this year colour pink ! Pink kauu.. huhu..Aku yang dulu tak minat warna pink, tapi aku yang sekarang jauh benor bezanya..kihkih..Baju raya, set eseseri cik viva pom kemain angkat warna pink ! Gegurl gitewww... :D...
Ok, aku sekarang berada kat kampung Tumpat,Kelantan..Aku bertolak tadi pukul 1.45pm tapi bukan satu family, aku dengan ma je yang balik kampung..Sedih betul !! Petang tadi kemain jamm, arghhh stress aku drive dengan pemandu yang kurang asam jawa takde lansung perangai toleransi....

ok daa, badan aku penat sangat..
#SelamatHariRaya

Khamis, 24 Julai 2014

sayang si atam

Assalamualaikum..Salam 26 ramadhan..
Hebat dugaan aku tapi tidak sehebat dugaan rakyat palestin yang ditindas kejam oleh puak-puak yahudi serta tidak tertanggung lagi dugaan yang dihadapi oleh mangsa MH17, Al-Fatihah... Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Allah..Mungkin dugaan ini adalah ketentuanya...

Apa yang aku fikirkan adalah kesakitan yang dialami oleh anak epik iaitu atam, bila mendengar tangisan kesakitannya seakan - akan terpalit jugak kesakitan itu kepadaku..Puncanya ma terpijak atam time nak naik tangga...Aku tak sanggup nak dengar tangisan tersebut bila epik mencium dan menjilat atam, itulah tanda kasih sayang seekor ibu kucing terhadap anaknya..Atam si kucing kecilku yang nakal dan suka bergurau..Ya Allah sedih sangat bila aku lihat keadaan atam yang terbaring kesakitan...Hidung yang berdarah ditambah lagi dengan badan yang tak dapat nak bergerak..luluh hati aku.. :(
Aku mengaku aku sangat garang dengan atam dan adik beradik, sekali diorang berak kencing merata aku rotan dengan lidi..Jahat kan aku ?? Bila terjadi macam ni baru nak menyesal... Aku angkat lidi bila diorang adik beradik buat hal, aku tak suka bau tahi kucing...
Aku tak tahu macam mana nak ubat atam. Pagi tadi lepas beberapa minit atam tak dapat bangun aku letak dalam cage and cover dengan towel, aku dapat rasa getaran badan dia...

Pagi tadi lepas ma solat dhuha aku dapat lihat ma lap kelopak mata..Aku just diamkan diri...Tengahari tadi ma masuk dalam bilik then bagitau " berdosa ke ? " Aku dapat rasa " rasa bersalah " ma tu....Then aku dengan panjang lebarnya bagitau dah mungkin itu adalah ketentuan Allah, takpayah la nak salahkan diri sendiri maybe Allah nak ambik nyawa atam mungkib dengan cara ma terpijak adalah penyebab kepada kesakitan atam...Don't blame on yourself mom ! Trust me semua yang berlaku adalah musibah yang didatangkan Allah...

Semoga atam sihat
#sayangAtam

Selasa, 15 Julai 2014

kepercayaan

Pepatah inggeris ada menyatakan " trust takes years to build & seconds to break ". Aku bersetuju sangat dengan pepatah ni.. Bila berbicara mengenai kepercayaan ianya tak semudah yang disangkakan. Entah kenapa bila hati tak dapat nak menahan apa yang berlaku aku tak dapat nak halang jari untuk menulis dan meluah... Bukan senang nak dapatkan kepercayaan seseorang. Kadang kala bila kita mula memberikan sepenuh kepercayaan terhadap seseorang yang kita percaya sebaliknya perkara lain pula yang berlaku..

Sejak akhir akhir ni banyak benda yang berlaku sehingga meragut kepercayaan aku terhadap seseorang.. Aku tak minta lebih melainkan kejujuran.... Adakah terlalu susah untuk jujur dengan apa yang berlaku ? Dan mengapa mesti menegakkan kebohongan tersebut sedangkan terang-terangan itu yang kau lakukan... Oh Allah aku mohon kau lapangkanlah dadaku dengan apa yang berlaku dan aku berharap ianya sekadar permainan mimpi di siang hari....

Sejujurnya aku buta dalam menilai kejujuran dan pembohongan...Mungkin kau adalah makhluk yang tuhan ciptakan untuk melalui detik detik tersebut..
Walaupun hari hari yang kau lalui penuh dengan kebohongan, aku cuba menyangkal memaafkan segala kebohongan yang kau lakukan terhadap aku.....

* kuatkan hati

Jumaat, 11 Julai 2014

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menikmati ramadhan pada kali ini, sudah tiga belas hari umat islam berpuasa.. Entry pada kali ni berkisar tentang kehidupan aku pada bulan ramadhan. Dah alang-alang cuti panjang goyang kaki je kat rumah takde keje nak buat baik jadi maid tak bergaji. Haa lagi satu tugas aku sebijik macam suri rumah sepenuh masa.

Ok macam ni, bangun je pagi celik mata lihat dunia benda pertama yang wajib takde sunat yang akan aku bakal lakukan adalah jemur kain, lipat kain, kemas rumah. Urmmm kalau bab kemas rumah bukan bidang profesionnal aku. Nak tahu kenapa ? Mudah je jawapannya, sebabnya rumah aku kalau 40 kali sental pom takkan okey atau nama lainnya ialah tak kemas. Biasala rumah tukang jahit berselirat dengan benang bagai..huhuhu..Bila tiba waktu petang, aku dengan rajinnya akan memasak ! Apa yang nak dimasak madam yang tentukan.. Kalau bab makan ni abah sangat cerewet dalam pemilihan makanan tapi kalau ma okey je makan apa yang ada.. Kalau tanya aku lagi laa tolak kayu dengan batu je kata orang tua dulu- dulu... hahah.. Belah malam pulak kalau takde keje aku spent time untuk mengaji Al-Quran, rajin-rajinkan diri menyentuh Al-Quran sebab pahala di bulan ramadhan berganda-ganda yang bakal kita perolehi... Oh tak mau jadi Ustazah ye ! :D

Cukup la cerita aku untuk harini, lain kali aku sambung lagi. :)

Ahad, 29 Jun 2014

Al- Fatihah buat Arwah Pak cik iL

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ


Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Al- Fatihah buat arwah Pak Cik iL.. Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah.. Redha dengan ujiannya... Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...Amin

Kalau diingatkan kembali detik- detik bersama arwah sangat memilukan. Arwah seorang yang baik, suka memberikan kata-kata nasihat, suka bergurau, sobs sobs sobs...

Dulu ingat lagi masa aku nak masuk universiti arwah bersusah payah buatkan solat hajat untuk mendoakan kejayaan aku. Kalau time raya wajib bagi duit raya even sedikit.. Sedih sangat kalau diingakan kembali tentang arwah..

Al- Fatihah.. :(

Selasa, 24 Jun 2014

kisah hidupku

Assalamualaikum...


Dua tiga hari ni banyak benda yang berlaku sama ada di luar kawalan atau sebaliknya.. Banyak benda nak diceritakan.. First of all lama benar tak exercise jari macam dah liat pulak nak menari atas keyboard ni.. kihkih..okey aku start dengan cerita bertarikh :

21jun2014- sabtu

Tarikh ni merupakan penamat kepada semester empat tahun dua. No more exam and study, takde adegan sakit kepala telan panadol actifast, takde lagi bangun pukul 4 pagi study lima minit lepastu tido balik,. huhuhu...Honestly aku tak suka exam, nak nye study last minute bangun pagi esok pulak nak jawab paper esei berjela panjang kalau tak boleh jawab alamaknye merapu laaa jawabnye.. huhuhu... Aku last dengan paper public finance, Tuhan je yang tahu bertapa killer nak mampoih paper tu, dah la 4jam kredit.. Adoi bimbang.. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan lepas keluar Dewan Sultan Mizan banyak sangat perasa tambahan.. huhu...Lepas exam pecut pegi kfc, niat nak makan same-same dengan fi acu mina jiha tak jadi sadis betul ! ingat nak celebrate diri masing-masing tapi tak menjadi sebab aku kene gerak Kemaman and Temerloh... Lepas habis exam aku gerak ke Kemaman and sampai pukul 11.. Siap-siapkan diri zappsssssss tido ! zZZZzzz..

22jun2014- Ahad

Maka bermulalah cuti semester aku...Tarikh ni aku takkan ! Aku pergi melawat pak cik iL kat Hospital Temerloh..Punya la lama menunggu...Sebak, pedih, perit macam-macam rasa bila tengok keadaan Pak Cik iL, terlantar sakit dan tak sedarkan diri gara- gara kecuaian diri sendiri..Bukan kehendaknya tapi kalau Allah dah kata Kun ( jadi ) Fayakun ( maka jadilah )... Aku faham itu semua ujian buat beliau dan keluarganya.. Sedih sangat tengok keadaan Pak Cik iL berselirat wayar, luka-luka kat badan.. YaAllah kau sedarkan lah atukkku..

23jun2014

Nothing special to update.. Tapi bermulalah perjalanan pulang ke Setiu a.k.a rumahku syurgaku.. Sebelum tu aku kene ambik dulu cik viva kat Tok Jembal, kemas-kemas baju then balik..

24jun2014

Yeahhh tedia tarikh harini... Hari ni aku just menyibukkan diri dengan mengemas bilik yang telah didiami oleh epik dan anak beranak ( Kucing kesayangan la katakan ) huhuhu.. Nak marah jugak bersarang dalam bilik aku dengan anak-anak dia tapi aku fikirkan anak dia je.. Lepas kemas bilik aku kemas kain yang tak berlipat dalam almari.. Pehhh aku tak tahu macam mana nak gambarkan main sumbat je baju... Lama sangat tak balik rumah... Padahal sejam je Umt dengan rumah aku...Lepas siap aku terus menghadap novel I love You Stupid !!! Best giler.. aku boleh bagi lima bintang ! haaaa ambik kau ! hahahah..

Haaa tu je laaa kot ! kihkih ..

Jumaat, 6 Jun 2014

Stress lagi







Maaaaaaaaaa Stressssssssssss !!! atotototootot......Sepatutnya aku study sekarang ni, tapi aku tak mampu nak bukak buku disebabkan stress terlampau..Lec aku pernah bagitahu kalau stress tu boleh selesaikan masalah stress la banyak- banyak.. Jom laa kita sahut cabaran lec aku .. huhuhuh.. Dan dan je sakit otak woi.. Haa lagi satu cikgu aku pernah bagitahu kalau kita sakit otak bermakna otak kita tengah aktif .. Kes aku ni bukan tengah aktif tapi keadaan sebaliknya.. Ohh God !

" Depression is often the result of over thinking, our minds create problems that initially didn't exist "

Mood Final Exam

Assalamualaikum... Holaaaaaa

Ermm.. penatnye, penat sangat, penat duk terperat dalam rumah gara- gara final exam. Study tak sampai separuh tidur je lebih.. Faham-faham sendiri la bila dah nak final, study subjek ni subjek lain yang tertunggu-tunggu... Cuti seminggu pom study ala kadar macam tu jer.. Padam muka ! Lusa exam harinie baru terhegeh-hegeh study hard..cewahhhh ! huhu .. salah step betul aku ni.. Atleast aku study mana yang patut.. Orang lain dah seminggu start exam aku 8 jun 2014 baru naj start.. Start lambat tu okey la tapi habis lambat yang aku vengam betul.. Selalu betul budak Polisi dan Sekitaran Sosial dianaktirikan .. Kesian ! kesian ! kesian ! huhuh..

Mood : menunggu kemunculan 8hb ( Academic writing skills ) choi .. ! huhu ..

Semoga permudahkanlah urusanku YaAllah ..

Selasa, 3 Jun 2014

selamat hari jadi buat diri sendiri

Assalamualaikum...


Harini hari selasa atau dengan kata lainnya besday aku yang  bertarikh 3jun. So, genaplah aku 22 tahun...Takde ape yang menarik hanya sekadar meluangkan masa bersama buku sebab exam kalau tak exam tak layan nye buku bagai tu, layan games tak sudah, tidur, makan dan bla, bla, bla macam takde life kan .. huhu..

Hanya sekadar ucapan " SELAMAT HARI JADI " terima kasih kepada si pengirim yang sudi ingat tarikh kelahiran aku ! To abang even awak busy sempat jugak call kan, bestfriend and family..

Ermm, dah 22 tahun pom aku.. Dah tua, dah boleh kawen.. Dulu masa form 6 cikgu Abdul Rahman a.k.a Cikgu Mankit selalu membebel kalau orang zaman dulu berderek anak daa, membebel sebab malas tak siap keje skolah yang dia bagi.. Aku takkan lupa part tu sebab dengan aku skali tak siap keje skolah.. huhu..

Apa yang penting aku bersyukur Allah telah panjangkan umur aku, beri nikmat kesihatan kepadaku, nikmat kebahagiaan, kegembiraan disamping orang-orang yang aku sayang.. Alhamdulillah..

Isnin, 2 Jun 2014

2jun

salam..

Ada gaduh, merajuk tak tentu pasal, takde rindu.. ok ! tahan, sabar, Ingat Allah.. Allah kan maha Mendengar.. Semoga awak selamat ye sayang kat sane ( negeri sembilan ).. Saya tak suka bila ada perasaan macam ni tapi nak buat macam mana .. Semoga Allah lindungi awak ye Muhammad Zahid.. Sekiranya awak terbaca apa yang ditulis, ia adalah kisah kepada perhubungan kita. Jangan pernah mempersoalkan apa yang terluah dari hati saya sebab dengan cara ni saya luahkan apa yang saya tak mampu nak luahkan dekat awak sayang....Diamkan aje...Saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saya semalam bila dapat otp dengan awak.. Tuhan je yang tahu sebab malam semalam mengadenye saya merajuk tak tentu pasal sebab menunggu lama sangat..Time ngah otp saya terjaga dari lena yang panjang sebab bunyi dengkuran halus awak.. huhu.. Macam- macam betul perangai kita.. Takpe atleast saya dah tahu buruk benor bunyinye.. hhuhuhu....

Final tinggal seminggu lagi, saya tak suka layan perasaan sekurang- kurangnya bila saya study, main games ( candy crush kita ) takdela hati saya macam nak pecah teringatkan awak..

ps: perasaan aku tengah cenggini :(


Jumaat, 23 Mei 2014

transkrip temubual pengalaman ngeri aku

Assalamualaikum...

Hai, saja aku nak share pengalaman hidup aku sehari dua  ni.. Erm, aku ade buat part time, keje tu nampak senang tapi yaaa ampom Allah je yang tahu macam mana azab nye buat bende alah tu.. aku dengan kawan aku, jiha ade buat transkrip temubual yang diperlukan oleh Dr.Amir untuk menjalankan kajiannya.. Sebelum kami decide nak buat kerja gila ni, aku lansung tak pikir lansung dari pelbagai sudut, almaklumlar nampak duit je.. kaki laju je pegi jumpa Doktor tapi otak lansung tak boley pikir... Haaa sekali masuk bilik Dr duk pong pang pong pang pasal transkrip ni, Dr suruh kiteorang pikir...Pikir tak pikir memang kami dah mencabar diri kami.. Bodoh punye tindakan ambik laa video tuh.. Dr bagi dua, aku satu jiha satu.. video aku sejam 13 minit mahu nye nak siapkan seminggu... Gilo palo.. Aku tak dapat tido dan rehat yang secukupnya untuk 2 hari yang terakhir, tido hanya dua jam, penampilan diri lansung tak terurus, baju ambik je ape yang ade lansung tak iron.kelas tak pegi gara- gara nak dapat duit.kat situ aku boleh nampak susah nye cari duit.. tapi bab tak pegi kelas tu yang the bad effect on me..Gila ! Apa yang boleh aku katakan memang betul-betul mencabar buat transkrip temubual tu, bayangkan setiap bait-bait ayat yang dituturkan  aku kene copy and paste tau dak ! duk tulis semua apa yang depa duk bagitau..sampai satu tahap transkrip tu nak siap aku dilanda demam melampau... cewwww ! , Allah je yang tahu macam mana perasaan aku disebabkan badan tak cukup air dan penat melampau akibat tak cukup rehat... Nasib baik ade jiha yang sanggup tolong aku siapkan dan taip aku punye transkrip tu..Aku memang terhutang budi giler-giler kat dia.. Kalau tak kerana dia, tak siap daaa..

kat sini aku senaraikan beberapa cabaran buat transkrip temubual berdasarkan pengalaman aku sendiri :
- suara tak jelas ( sengau )
-ambil masa yang lama
-tahap kesabaran yang tinggi
- mata duitan ( sampingan ) - sebagai motivasi nak siapkan transkrip

Apa yang aku fikir sebenarnye ialah senang bila aku nak sambung master, so aku dapat la sedikit pengetahuan dan pengalaman yang gile kentang ni.. ok bai !

ps : kepala aku tengah tingtong gara-gara makan ubat batuk semalam ^_^



Khamis, 8 Mei 2014

rindu



salam...

ketemu lagi ye kita .. ermm.. dah lama tak memetik jari.. saje aku nak bagitau aku tengah rindukan someone ! Orang cakap kalau kita rindukan orang tu, letak tangan kat dada dan berdoa.. menggebu betul rindu nih... ok bai !



Sabtu, 26 April 2014

kau memang kejam !

Salam...

keghairan mengejar dunia kadang-kadang buat aku tertanya sama diri sendiri...sampai bila akan berakhir .. ?? dunia-dunia !! akhirat- akhirat !! selagi aku bergelar pelajar semakin banyak beban yang harus ku pikul. dan semakin dewasa aku !... Hanya menunggu setahun je lagi untuk aku habiskan saki baki degree... Dunia belajar banyak cabaran nya.. aku akui aku adalah hamba  yang telah lalui cabaran yang telah Tuhan aturkan.. masalah kawan, masalah kerja berkumpulan, masalah kewangan, masalah esaiment.. terlalu banyak !! Baru- baru ni tuhan telah mengurniakan aku  sedikit cabaran atau dugaan. aku ade ajak Si.A nak bincang pasal esaiment kat library, tetiba statement yang lansung tak dapat diterima akal apabila dia mengatakan " kalau kita berdua, aku takut timbul fitnah " sedih sangat ! niat nak discuss pasal esaiment disalahertikan....Aku terasa, maruah aku seperti dipijak... Si.A teks, wassaps, inbox tanya pasal esaiment, lalu aku diamkan diri sebab sakit hati.. sakit sangatttttttt !!!!..

Bila aku fikir balik, balik dan balik !! Tuhan telah temukan aku dengan sifat manusia.. Sifat yang terlalu dinamik.. Sanggup kan kerana seorang awek kau taknak berkerjasama dengan aku... Takpe aku faham, kau sayang kan awek kau, tapi kau lansung tak jaga hati aku.. arghhhhhh benci !! Walaupun aku tak suka dengan perangai kau, tapi aku cuba komited dengan tugas aku ! be professional in teamwork.... Cukup ! penat aku nak layan manusia yang macam ni..Sembang hebat tapi habuk pom takdee..

Ahad, 20 April 2014

aku stress gila ! :(

salam...ok selesai sudah test 1 ! test analisis polisi awam...grrr..sumpah geram tahap dewa..aku stress gila woi..aku kecundang..beria study bagai nak rak tapi tak boleh jawab..pikir2 balik mungkin aku ada buat salah dengan tuhan,dengan kawan,dengan ibu bapa sampai aku blur, kosong betul otak aku kali ni....bodoh betul ! benci,benci,benci ! ! ! kawan aku paksa guna konsep redha...woi banyak la cantik...main2 redha pulak...aku dapat agak result aku rendah untuk carrymarks  subjek ni...balik tadi aku rasa nak nangis kuat sebab tak boley jawab....dahla lapar, stress, sakit hati..secukup rasa la katakan ! tak suka.. esok ada pulak test, kewangan awam, empat jam kredit. paper yang agak menakutkan ! ok laa aku nak tido, stress menguasai diri.bab kata Dr.amir  stress banyak2 kalau dengan stress boleh setelkan masalah...

Jumaat, 18 April 2014

begini lah kehidupan.. keep smilling :)

salam.. tadi scroll fb terjumpa status #umtConfession.. Sory to admin because i ciplak you punye status...tatkala aku baca status ni tetibe kene dengan diri sendiri.. aku, kau, dan kamu.. maybe same ! semua orang akan melalui nasib yang sama..

"dalam bersahabat, kecil hati tu normal. biasa la setiap org ade kwn feveret die, ade yg kurang kamceng ckit. tp jgnla tunjuk sgt. kesian kt kwn yg slalu jd last choice dlm ape2 hal. xkesahlah dlm nk memilih partner assignment ke, nk buat peneman p lepak2 ke. ape slhnye sskali ajak kwn yg korg xselalu bersama tu teman korg p jln2. mst die rse dihargai wlaupun cuma sekali. aku mngaku la kdg2 aku pn trmsok dlm glongan org yg slalu jd last choice ni. mule2 mmg slalu sgt kecik hati smpai rse nk sepikan diri je. tp bile fikir blik, ape guna nya? xbleh ubah pape pn. so i think +ve je and always try to make myself happy. xkesahla mkn sorg or whatever, at least aku bljr berdikari. and alhamdulillah skrg aku dh x risau to be alone. for me, u can't change yourself so that org lain boleh accept u. as long as sntiasa buat baik dgn org, insyaallah hidup akan hepi walaupun xde best friend forever and ever or what.(ukm confession,15 april 2014)
~same goes 2 me but now i juz kep muv on n act like we're juz frens not sahabat.mereke dgn life mereke bgtu juge aku dgn life aku..its better like this..sy memang mudah cemburu kalo awk2 nie suke pilih org laen dri sy.but let by gone be by gone. smile from far.pray the happiness to them." ( Umt Confession, 2014 ).

Ahad, 13 April 2014

good news

salam..ketemu lagi kite ye ! huhu

Harini hari sabtu..esok hari ahad..So bermulanya sesi persekolahan kami bagi pelajar2 universiti..best2 cuti seminggu esok nak hadap kelas pukul 8 ! arghhhhh... Bab cuti bagi la aku setahun pom takkan puas..seminggu macam sehari..tido bangun ! tido bangun tup tup dah 14 april dahh..

Haaa lupe satu hal lagi.. aku baru balik kemaman jenjalan rumah akak,tetibe dapat berita baik..nak tau ? huhu.. akak aku disahkan pregnant.. tahun depan aku bakal bergelar maksu or mok da whatever !!! asal dapat main2 dengan bakal anak saudara.. macam tak sabau pulak nak timang anak sedare..al maklumlar aku anak bongsu, dua beradik pulak tu mane tak excited nye.hope allah permudahkan segalanya.. amin...

OK ! bai :D.. nite buddyzzzzz..

Ahad, 6 April 2014

keganasan antarabangsa

huhhhhhhhhh... alhamdulilah..nak tau sebab pe ? assigment yang menggugat hati dan perasaan aku dah setel... syukur YaAllah..jenuh aku hadap this assigment..muak tau ! nasib baik tak muntah hijau.. kalau takk.. tak tauu laaa..assigment aku yang bertajuk keganasan antarabangsa sangat-sangat mencabar.. bayangkan sakit leher, sakit mata, semua nya sakit.. nak hadap assigment ni kene kesabaran yang tinggi..semangat yang jitu, dan sematkan dalam kepala nak A++++++... Huhuhu...

ok bai

Sabtu, 5 April 2014

Kenangan aku, kau, dan kami berempat

tiba-tiba kenangan kami berempat terimbau..........

Aku ade kawan, kawan susah senang bersama, kawan seperjuangan masa semester 1 dan 2.. Dulu kami ibarat isi dengan kuku, bergurau senda,  pernah bertikam lidah tapi cepat-cepat minta maaf sebab atas dasar " kawan " tak perlu lah nak bergaduh...Aku bahagia sem 1.. mungkin dapat kawan baru, kawan berlainan negeri, kawan sebilik, kawan semandi, kawan makan bersama, sangat bahagia..begitu juga sem 2..Banyak benda yang kami buat bersama pergi pantai, kalau pergi pantai tak sah makan keropok lekor and beli coconut shake menghadap angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa....berbasikal bersama...pegi kelas kalau tak cukup 4 orang kami takkan pergi, balik pom macam tu jugak.kalau makan macam tu jugak satu meja.Kalau kat kedai kami order makanan berasingan mean kiteorang dapat merasa makanan yang orang lain order..best sangat time tuu..tuhan je yang tahu..kalau mandi lagi giler. saje nak menyakat kawan dengan switch off the lamp.tak ke bangang perbuatan tuu.. ?? huhuhu.. kami masing-masing balas dendam and tak mengaku lepas tu gelak tak ingat dunia.Buat esaiment sama-sama, study sama-sama...tido lagi la, kalau si A berdengkur  si M dengan si I akan ketawa berdekeh time tu si I dan si M ngah study.. naik sem 3 kami dah kenal perangai masing-masing..maybe.. keikhlasan, kejujuran penting dalam persahabatan... Sem 3 mengajar aku erti persahabatan yang sebenar.. Kadang kala kami tidak sebulu, setiap perkara yang dibincangkan mungkin akan ada sekeping hati yang terasa.. patut kah begitu ?? Kini aku sedang menjalani sesi sem 4..alhamdulilah aku belajar berdikari, belajar untuk hidup susah, belajar untuk tidak melukakan hati seorang kawan, belajar untuk menjaga hati kawan, aku sedaya- upaya melakukan that things tapi aku lalai jugak, sebab aku manusia biasa, manusia yang sering melakukan kesalahan..


Kadang-kadang aku leka YaAllah :'(
Ampunkan dosa-dosaku..

Jumaat, 4 April 2014

Tora datang lagi

Salam..

Hari ni hari jumaat ! Weekend datang lagi, tapi kali ni bukan setakat weekend tapi siap dengan cuti midsem lagi, seminggu je ! yeahhh.... tapi.. tapi.. cukup sadis bila aku dikelilingi dengan incik esaiment yang sangat banyak ! Aku tak berpeluang nak spend time pegi holiday, yang ada hanyalah menghadap esaiment, facebook, twitter...Hurmmm... Mungkin dah lumrah remaja zaman sekarang macam aku ni, remaja abad ke-21, suka bersosial di laman sosial dan tak suka bersosial di persekitaran...cewwwww ! hahahah..

Aku tengah pening ni, pening dengan esaiment hubungan antarabangsa. Banyak sangat nak kene kritik bagai tapi takde idea, mengadu sane sini pom bukan ade orang boleh tolong aku ! Sodisssss... Aku rasa macam dah takde life, menghadap lappy yang satu dan menjalani latihan jari- jemari on the keyboard....huhuh..

Harini ma ajak pergi kenduri, tapi malas pulak aku nak pegi. Semalam aku bagi alasan " dah besar-besar pom nak ikut bontot mak lagi ".. nak tau mak aku cakap pe ?? free-free je dapat " agah " .. Alasan lansung tak leh pakai ! huhuhuhu.. Aku bukan tak nak pegi tapi aku macam malas sedikit nak ikut al-maklumlar naik kete dah 3 jam, bosan tau.. haaa satu lagi aku kan seorang yang rajin asyik duk tringat esaiment jeeee.... malang betul ! Kalau bangun pagi tak pikir pasal esaiment tak sah ! errr menci betol.. lalu aku cepat tarik towel pegi mandi makan and sambung buat esaiment yang tertangguh tapi lagi malang bila menghadap lappy berjam-jam tak jumpa lansung bahan aku nak crita dalam esaiment tu ! aippppppppp....

Haa ok la, dah penat membebel. sekian ! :D

Ahad, 23 Mac 2014

kawan

Salam..

Kenapa perlu ada pergaduhan lagi .. ?? Ya Allah.. kau satukanlah hubungan kami, sesungguhnya aku sayang dengan mereka

Ahad, 16 Mac 2014

cerita tepi pantai

Salam..

Kalau kau punya cerita, aku juga begitu juga...Semua orang ada masalah tak kira la masalah besar, kecil, sederhana, separa, apa-apa laa, yang penting berkerut jugak kening ni nak menghadapi hari-hari yang penuh dengan liku kehidupan..Tadi aku teman jie pegi pantai rupanya kawan aku sorang tu banyak masalah. Kami senasib, baru aku tahu yang kau punya masalah dengan housemate.Tapi apa yang membanggakan aku dengan dia adalah sikap sabar dan sentiasa merendahkan diri..Cukup peramah orangnya, tapi aku hairan kenapa perlu ada manusia yang nak merendahkan kawan sendiri..? Aku faham apa yang dia rasa, mungkin petang tadi ade sedikit secebis kelegaan di hatinya.. hope so.. Untuk memberi kepercayaan kepada seseorang tu teramatla sukar, aku tak tau kenapa dia cukup memberi kepercayaan itu kepada ku.. Kalau nak kira baik, biasa je mungkin kami serasi dan mungkin jugak aku pernah mengalami perkara yang sama dengannya. Aku rasa pergaduhan dalam kalangan kawan-kawan mungkin perkara biasa, tambah-tambah lagi stay kat rumah sewa. Semua manusia yang pernah tinggal kat rumah sewa kalau takde pertalian darah mereka akan ada rasa tak puas hati. Bagi aku, cukup la hampir setahun aku menyewa rumah ni pelbagai masalah wujud.. Bila kita tegur akan berlaku pergaduhan, mungkin mereka tak dapat nak menerima teguran kita dan bila kita buat-buat bodoh je meraka tak faham.. Habis tu ada ke cara yang paling berkesan nak setel kan semua ni ????

Alang-alang aku kat sini aku nak luahkan apa yang patut, aku agak terkesan sedikit perasaan marah ni bila ada yang buat derk je bab nak isi minyak kereta. Aku bukan laa anak orang kaya, dan aku jugak bukan la  anak seorang millionaire.. Aku terpaksa berjimat gara-gara nak bela viva tuh, kalau tak, tak bergerak laa kereta aku.. Cuba laa faham keadaan aku, dia dah ada motor tapi kenapa masih nak sekaki dengan aku .. ?? aku takdela nak berkira sangat tapi tolong faham keadaan aku. Bila aku tak tunaikan permintaan diorang mula akan nampak perubahan tersebut tapi bila nak topup pasal minyak kereta ade diorang kisah tentang semua tu . ? Dulu time aku susah takde un nak tumpangkan, tapi bila aku senang ada je yang cuba nak menumpang...

 Adat laa manusia tu kan.. bai

Jumaat, 21 Februari 2014

Semoga aku lebih tabah



Manusia itu unik dan kadang-kala untuk meneruskan perjuangan hidup, kita kene faham tingkah-laku makhluk tuhan yang bernama manusia. Semua orang punya masalah sendiri, begitu juga dengan aku, dengan masalah ia membuatkan aku lebih tabah, sabar dan kuat dan apa yang lagi penting masalah mematangkan aku ! Terima kasih...

Dah seminggu aku berada di bumi UMT. Tempat yang tidak asing lagi dengan aku iaitu tempat aku menimba ilmu. Dalam tempoh seminggu aku mengenali perangai mereka, aku belajar berdikari, aku belajar untuk kuat... Dan apa yang menyayat hati bila  "kami tidak lagi sebulu".. Terima kasih jadi sahabat aku untuk setahun yang lalu. Aku belajar banyak perkara tapi usul yang aku nak bawak masuk ialah " sehidup, semati ".. Senang sama senang tapi bila susah lantak kau ! Aku terkedu dengan perangai kawan macam ni....


Aku petik sedikit kata-kata ni sebab ia memang match sangat dengan situasi sekarang, lebih baik kita pendamkan jela masalah tu tanpa kita cerita dengan orang lain.. Cukup la aku terkena dengan kawan yang jenis suka menceritakan hal kita dengan orang lain.. Kawan, sukar kah kau nak faham keadaan aku ??? Berkawan bila senang... Mereka tak faham, aku tak kisah mereka hangat duk bercerita tentang aku yang putuskan kawan ke ape yang penting aku rasa jalan yang aku hadap ni jalan yang benar.. Cukup la kita buat hal masing-masing kalau begini kau layan aku ! Sudah cukup sudah, cukup sampai disini saja !
Mungkin benar kata abah, usah pedulikan mereka. Aku tak sanggup nak abaikan mereka. Tapi bila aku cerita masalah aku dekat abah ia memberi seribu semangat untuk aku teruskan pelajaran, untuk aku belajar bersungguh-sungguh..Terima kasih abah, ma..
Setelah aku berfikir panjang, aku dah tak kisah kalau kehilangan kawan.. Mungkin dengan cara ni aku lebih bahagia..

Khamis, 20 Februari 2014

kawan

Pagi ni aku nak cerita pasal " kawan ".. besar makna seorang kawan.. tapi ada kawan macam takde kawan. Kawan ni banyak jenis ade yang jenis nak menumpang kesenangan, ade yang jenis dengki kat kita, ade yang tak boleh tengok kita kat atas..Adat laa tu kalau berkawan kan ?? 22 tahun aku hidup, ujian ni laa paling berat buat aku iaitu dalam persahabatan.Banyak kenangan manis antara kita kawan tapi seolah-olah aku dah tak mampu nak ingat kenangan kita kawan..Kembalinya aku di Bumi UMT membawa seribu kenangan pahit.. Takpelaa, aku tak berniat nak bermusuh dengan kawan sendiri cuma aku agak terasa dengan perangai  kawan yang macam ni... Bermula sesi semester 4 perangai aku berubah, ya ! aku sedar aku telah berubah bab kata kawan ni " susah untuk aku adaptasi dengan keadaan " memang betul kata kau kawan, sejak peristiwa aku tegur " kawan " ni, jelas perubahan.. Sejak kami sama-sama kat rumah sewa ni, perangai masing-masing dah berubah, kalau tegur sah-sah laa tak bercakap seminggu..Tak tegur nanti buat balik benda yang dia nak buat tu.. Otak aku da penat dah pikir, stress sangat sampai makan pom tak sebab aku malas nak menghadap muka. Derita kat dalam hati ni Tuhan je yang tahu.Seksanya !

Dulu aku sayang tapi sekarang rasa sayang tu dah kian berkurang.. Aku pernah berniat nak larikan diri dari rumah sewa ni sebab tak mampu nak hadap perangai mereka, aku pernah menanges kerana mulut bisa yang melemparkan kata-kata. Masa tu final exam sem 3, kami masing-masing busy dengan presentation and final exam, aku ingat lagi kesah ni bermulanya kerana " kain tuala " ..  Malam tu aku mintak elok-elok je buku tapi sebab mulut lebih cepat dari otak kata-kata tersebut menyebabkan ade insan yang terguris. Insan itu adalah aku !

Aku percaya segala ujian yang tuhan kurniakan kepada aku ada hikmahnya, cuma aku je yang buta hati dalam menilai dan melihat kebaikan disebalik ujiannya itu. Dua tiga hari lepas, aku ada tanyakan tentang rumah sewa lain tapi nak mencari orang amat laa payah tapi ada berita yang begitu mengembirakan aku bila dia *perit kalau sebut nama, pergi atau dengan kata lain berpindah..Syukur sangat-sangat aku bila dapat tahu mereka dah tak de.. Cerita aku ni bukan versi mengutuk atau mengata cuma aku tulis apa yang terbuku dalam hati aku. Sebab nak cari kawan yang nak dengar isi hati kita memang la payah dan satu hal lagi aku tak percaya pada tiket seorang kawan. Faham-faham sendiri laa bila dia baik dengan kita on je kan semua urusan tapi bila kita gaduh adela yang jadi duri dalam daging..

sekian, derita hati :'(

Isnin, 17 Februari 2014

esaiment

wehuuuuuuuuuuuuuuu.... hahha... berakhir penantian bila lecturer dah bagi esaiment.. Nak tau subjek ape ?? Microkeonomi !!! urghhh.. tak terjangka dek akal aku camni..Lecturer nye tak masuk lagi tapi tugasan esaiment panjang berjelaaa kau ! takpe-takpe.. aku kan dah berjanji aku nak belajar bersungguh-sungguh kerana Allah Taala, kerana mak ayah dan hati.. Semoga kedatangan esaiment kali ni tak mendatangkan seribu kenangan pahit.. hahha.. ok bai !

 Haaaa lupa pulak nak gitauu  ade lagi cerita yang tersembunyi dah dua hari lect tak masuk mengajar.. almaklumlar awal-awal sem memang macam ni.. Oh heaven kejap aku, tapi ikhlas aku cakap aku semangat tau nak belajar pastu pakai cantik-cantik lecturer tak masuk.. apak panas hati dan pedal ! haha.. tapi aku rasa lecturer saja buat macam tu sebab  dia tau student dia tak puas lagi nak bercuti sakan.. Yelaa mana tak puas cuti sebulan macam takde makna dengan persiapan kahwin akak aku nye, dengan baju,langsir tak siap.. haha

Ni cerita kedua,aku dengar-dengar bukan dengar tapi perkhabaran dari someone yang menyatakan ade orang tuh kan dapat kolej *aku tak nak sebut nama nanti kene masuk penjara ! hahahhah.. Adakah ini jalan yang kau berikan kepadaku YaAllah ?? sekiranya begitu aku panjatkan syukur sebab aku dah tak larat nak tanggung derita.. Walaupun mulut tidak  berkata tapi aku tahu perbuatan yang sering berbicara... Aku mohon kepadamu YaAllah kau berikanlah jalan yang terbaik, kau jangan lah pesongkan hatiku, kau ampom kan lah dosa-dosaku YaAllah.. Adakah benar cara aku mendiamkan diri adalah cara aku memulakan perubahan  ?? ya Allahh berdosakah aku ? Susah untuk aku nak balik kepada perangai asal melainkan bersama keluarga..

k, bai

Ahad, 16 Februari 2014

hari pertama sem 4

Salam.. SEDIHH !!!! Perkataan pertama yang aku boleh ungkapkan pada permulaan sem 4.. Sampai bila ianya akan berakhir, aku penat bermain dengan perasaan sendiri. Berperang dengan perasaan bukan perkara mudah, aku terpaksa berundur untuk membahagiakan kau kawan ! Zaman sekarang ni nak cari kawan yang betul-betul boleh faham kita sangat la susah. Hanya mak ayah kita je yang faham hati dan perasaan anak-anak mereka. Dulu susah sama susah, tido sebantal, makan sekali, tapi sekarang hanya tinggal kenangan. Sesekali aku cuba berfikir 360 darjah, apakah semua akan ada kebaikan pada masa hadapan ? Tuhan kenapa aku diuji dengan sebegini rupa ! aku perlukan kawan, aku sayang kawan-kawan aku.. YaAllah jangan kau tarik nikmat kebahagiaan aku dalam persahabatan. Kasih sayang seseorang yang digelar sahabat sangat berbeza jika dibandingkan dengan kasih sayang mak ayah dan cinta hati kita.. Mungkin tuhan ingin menguji kesabaranku..
Begitu lah cabaran aku sebagai hamba dalam meneruskan kehidupan dan tidak lari dari masalah. sekian..

Sabtu, 15 Februari 2014

sem4

salam.....hurmmmm lama benor rasenye tak exercise jari jemari ni......walahhhh !!!!!!!! Esok bermulanya episod baru drama bersiri sem 4...aku harap aku dapat tabahkan hati perut hempedu jiwa dan limpa dengan segala cabaran yang dihadapi sem 4 ni.... aku takut Ya Allah...semoga permulaan hari esok membawa aku kepada kejayaan.. insyaallah.. bermulanya sem baru ni aku nak berubah..cuba untuk pekakkan telinga dengan perkara yang berlaku dan aku nak belajar bersungguh-sungguh ! amin.. bai

Sabtu, 8 Februari 2014

8 february 2014 a.k.a majlis perkahwinan

Salam.Hari ni hari sabtu bersamaan 8 Februari 2014 haaa sebelum tu aku nak cakap Alhamdulilah sebab dengan jayanya majlis perkahwinan my sista berjalan dengan lancar. Syukran-syukran. Terima kasih kepada manusia yang sudi membantu especially makcik-makcik perkep a.k.a bini-bini polis, jiran tetangga, kenalan dan sahabat handal dan tak lupa kepada pengapit lelaki ( capital Z ).

Perkataan yang nak aku gembar-gemburkan adalah PENAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bapak nye punye penat tidur dah laa lewat, bangun awal, makan tak, minum pom ala kadar tambah-tambah lagi nak bergoyang kepala lutut aku. ZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZzz...

Haa ni bab makan, tengok daging, ayam dah rasa macam menyampah ! heheh.. macam ni mual sebenarnye bukan menyampah ! bbuwerkkkkkkkkkkkk ....  Aku rasa macam da penat sangat dah ni.. ok la jumpa lagi :)

Isnin, 3 Februari 2014

Demam

Ohh fever ! Atau dalam erti kata yang lain demam orang melayu cakap....Kesian,sakit dan bla,bla,bla....Ya itulah perkataan yang menggambarkan aku tengah demam.. Bila sakit itu petanda Allah tengah uji hamba-Nya.Takpela sakit tu kan penghapus dosa... Dah tiga hari aku demam sembuhnya tak stok ubatnye dah habis...aduhai.. Al-kisahnya macam ni kak ila aku penyebab penyebaran virus jinggo a.k.a selesema...  Seksa pom ada jugak ni bila menghadap si jenggo ni nak makan pom tak rasa manis ke tawar ke..Makan macam takde rasa..Pastu time tengahhari badan sejuk kemain terpaksa selubung dalam kain selimut...Takpe tu kan semua ujian dari-Nya nak tengok sejauh mana kita ingat kat Dia ! haaa  sebelum aku tido ingat lima perkara  sebelum lima perkara antara salah satunya ialah "sihat sebelum sakit"...Sekian

Jumaat, 31 Januari 2014

keranamu luv u mr.arrogant

salam.. hummmm gara-gara crita l.u.m.a aku menanges tak hengat dunia tersedu  sedan menanges....hihi..layan bape episod je air mata ni tak henti-henti keluar..feeling gitu ! Aku bagi la  crita korea ke mlayu ke and  tidak ketinggalan  hindustan  air mata ni macam sungai mengalir.. haaaa bengkak ! aku jugak yang susah..padam muka.. jangan pagi esok ma tanya mata bengkak sudah..bye

Khamis, 30 Januari 2014

Pantai

Salam.. tak susah sebenarnye nak dapatkan ketenangan, tapi yang paling bermakna ketenangan dari Sang Pencipta. Tadi aku pergi pantai, so alhamdulilah ketenangan yang aku cari dapat walaupun hanya 30 minit.. Aku dapat apa yang aku nak.. Tenang sangat bila berhadapan dengan pantai, pasir, angin dan seangkatan dengannya.. Cuba bayangkan angin yang menampar pipi sangat laaaa mendamaikan hati aku tatkala masalah tu cuba datang dan aku cuba untuk muhasabah diri ini.. Aku nekad naik sem 4 aku cuba untuk berubah, butakan mata pekak kan telinga. Aku malas da nak gaduh, nak bertekak dan  ia  adalah satu perkara yang sangat menyeksakan. Aku jarang sebenarnya hang out sorang-sorang, kalau aku ada masalah baru aku keluar tanpa teman.. Alangkah gembira kalau jadi kanak-kanak tak perlu nak pikir masalah, tadi kat pantai bahagia pulak aku tengok kanak-kanak tadi main gelongsor, buaian, berlari tak ingat dunia pom ada. Rindu zaman aku kecik-kecik dulu. Sekarang dah tak boley nak berlari sakan dahh, malu kat orang. hihi
Meremang bulu roma  tatkala angin menampar batang tubuh aku, dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk bernafas. Alhamdulilah. Bila aku dongak ke atas, tenang bila melihat langit membiru bertemankan gumpalan awam yang berarak dan singgahan sang suria cuba untuk membenamkan dirinya tatkala waktu kian menghampiri magrib. Sekian

Ahad, 26 Januari 2014

Disebalik tabir kelapa gula

Haaaa malam ni cerita pasal buah kelapa lagi, semalam kopek kelapa harini mesim and goreng kelapa... Mesti orang cakap alaaaa goreng kelapa je nak habaq satu duniaa. hei ! bukan macam tuu actually aku nak bagitau aku dapat experience yang orang lain takkan dapat sebab buat perkara ala-ala zaman kuno gituu... Remaja yang macam aku ni mane laa yang sanggup buat semua kerja ala-ala zaman jakpar tonggek... whatever yang penting aku puas..

Siang tadi aku belajar buat kelapa gula. Aku harap pembelajaran ( ayat skima ) yang aku belajar harini dari su takkan mensia-siakan aku di hari tua kelak... Wahh gituuu !! hahahaha...
Cara nak buat benda tu senang je first parutkan semua kelapa, second goreng sampai keperang-perangan. Bab ni sangat mencabar.. Nak tau ? Sakit habis kaki aku, bayangkan satu hari duk berdiri..Fuhhhhh !! Ok sambung balik... lepastu blend bagi hancur then tumbuk sampai lucai... Haaa bab tumbuk menumbuk aku bayangkan aku tumbuk muka "someone".. hihihih.. Kalau ada air keluar time tumbuk kelapa goreng tu bermakna benda alah tu la orang panggil "kelapa gula" sebenarnye bukan air tapi minyak..

Tadi kan operasi dijalankan pada pukul 12pm berakhir pada 8pm..Lamaaaaa kauuu !!.. Aku sebenarnya tak percaya dapat buat semua benda ni..Takpelaa tu kan semua proses pembelajaran.. :)

Sabtu, 25 Januari 2014

sepetang bersama buah kelapa

helllo..wah tak sangka aku dapat kerjakan semua 38 biji kopek buah kelapa. Dengan menggunakan sisa-sisa tenaga perempuan aku yang tak seberapa ni boleh jugak aku bangga dengan diri sendiri..Kau mampu buat ? haha.Nak tahu tak kenapa aku rajin sangat buat benda alah ni semua sebabnye..sebabnye 2 minggu lagi majlis perkahwinan kakak aku...Bagi aku takpelaa bab melecet tangan, penat ke ape ke semua tu aku tak kisah sebab aku betul2 nak tolong my sista ! petang tadi aku abah dan ma turun padang untuk menjayakan misi mengopek kelapa...hahaha.. Kat kampung je jumpa benda ni semua kalau kat bandar jangan harap nak jumpa ! haaa satu hal lagi tujuan aku rajin sangat petang ni kes nye nak buat kelapa gula.. Kata ma aku nak taruk dalam gulai nak bagi sodap.. Eh tak tau la aku betul tak... Takat tu je kot kejap lagi nak makan nak potong langsir nak tido lagi..bai :)

Hari ini dalam sejarah

nothing special melainkan nak bagitau aku da takde keje sangat sampai buat blog bagai ! sekian :')